London: Virgil Van Dijk memberi amaran bahawa Liverpool mesti ‘bekerja keras’ untuk mengelakkan ‘terus tenggelam’.
Kekalahan dalam perlawanan akhir Piala Liga kepada Newcastle menamatkan minggu yang suram bagi pasukan kendalian Arne Slot, selepas mereka turut tersingkirkan Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi Liga Juara-Juara.
Kapten, Van Dijk mahu The Reds bangkit dengan mencatatkan lima kemenangan berturut-turut, yang berkemungkinan besar akan memastikan mereka menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan Tottenham pada 27 April.
“Kami perlu mengubah keadaan ini. Jika anda tewas dua kali dalam tempoh lima hari, ia seolah-olah dunia sedang tenggelam. Dua minggu sebelum ini, segalanya nampak cerah dan indah.
“Dalam Liga Juara-Juara, kami gagal melakukannya, kami kalah dalam perlawanan akhir ini dan kami tersingkir daripada Piala FA.
“Kami ada sembilan perlawanan lagi, dan saya rasa tidak perlu motivasi tambahan untuk menyelesaikan tugas ini. Kami perlu bekerja keras.
“Tetapi sekarang semua pemain akan kembali ke negara masing-masing untuk bermain dan diharapkan mereka kekal cergas.
“Kami kemudian mempunyai beberapa hari untuk menyesuaikan diri dan bersedia menghadapi Everton di tempat sendiri.
“Jika kami menang lima perlawanan – satu tugas yang tentunya sangat sukar – kami akan menjadi juara England,” katanya.
London: Virgil Van Dijk warned Liverpool must “work our a**es” off to stop the “world sinking”.
Sunday’s Carabao Cup final defeat to Newcastle ended a miserable week in which Arne Slot’s side were also dumped out of the Champions League by Paris Saint-Germain.
Skipper Van Dijk wants the Reds to react with five straight wins that would likely see them secure the Prem title by beating Tottenham on April 27.
He said: “We have to turn this around. If you lose twice in five days it feels like the world is sinking. Two weeks before, everything was sunshine and rainbows.
“In the Champions League, we couldn’t get it done, we lost this final and we got knocked out of the FA Cup.
“We have nine games to go and I don’t think there’s any motivation needed to try to get the job done. We have to work our a**es off.
“But now everyone goes to their respective countries and will all play and hopefully stay fit.
“We then have a couple of days to settle down and be ready for Everton at home.
“If we win five games — obviously a very difficult job — we’ll be champions of England.
“If you keep these things in your mind it also can benefit you to make sure you’re working hard.
© New Straits Times Press (M) Bhd