am@hmetro.com.my
Pendang: Jenazah dua beranak yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 332.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Tapah, Perak selamat dikebumikan, malam ini.
Jenazah Abdul Aziz Shafie, 45, dan anaknya, Muhammad Alif Hakymie Abdul Aziz, 23, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Tai pada 9.30 malam.
Terdahulu, jenazah dua beranak itu tiba di Surau Arraudhah, Kampung Pokok Tai Lama pada 8.30 malam untuk disembahyangkan.
Lebih 100 orang ramai hadir mengiringi jenazah termasuk ahli keluarga, sanak saudara dan rakan arwah.
Media hari ini melaporkan, pemandu dan kelindan treler muatan pasir yang juga dua beranak rentung selepas kenderaan dinaiki terbakar akibat kemalangan.
© New Straits Times Press (M) Bhd