Manchester United sudah berubah – Amorim

Manchester United sudah berubah – Amorim


Bruno Fernandes meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan Diogo Dalot ketika perlawanan menentang Leicester City. FOTO: AFP

PENGENDALI Manchester United, Ruben Amorim, berpuas hati dengan peningkatan yang ditunjukkan pasukannya selepas mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin.

United sebelum ini berdepan kempen yang sukar, merekodkan jumlah kemenangan dan mata paling rendah selepas 28 perlawanan dalam sejarah penyertaan mereka di EPL.

Namun, jaringan daripada Rasmus Hojlund, Alejandro Garnacho dan Bruno Fernandes memastikan kemenangan berharga buat The Red Devils di Stadium King Power.

“Saya melihat peningkatan dalam pasukan ini. Apabila anda mempunyai prestasi yang baik dan keputusan yang menyusul, ia memberi keyakinan kepada pasukan.

“Saya mula melihat perubahan dalam pasukan, terutama hari ini. Memang ada pemain yang tampak kurang bertenaga, tetapi pasukan ini menunjukkan keupayaan untuk mencari kemenangan walaupun ketika keletihan. Itu petanda baik,” katanya.

Jaringan yang dihasilkan Hojlund dan Garnacho turut memberi kelegaan buat United menjelang aksi penting dalam baki saingan liga.

Hojlund akhirnya menamatkan kemarau jaringan selepas gagal menjaringkan gol dalam 22 perlawanan terakhir, manakala Garnacho pula menamatkan rekod tanpa jaringan dalam 24 perlawanan.

“Ia sangat penting untuknya (Hojlund). Dia melakukan perkara yang betul, bekerja keras untuk pasukan dan akhirnya mendapat ganjaran dengan satu jaringan yang cantik. Dia lebih daripada layak untuk gol tersebut.

“Dia sangat gembira tetapi yang lebih penting adalah bagaimana dia memperbaiki permainannya. Kini dia bermain di kedua-dua sayap, rajin membantu pertahanan dan melakukan perkara-perkara kecil dengan baik,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top