Aidilfitri tahun ini disambut dengan penuh keceriaan dan gaya baru daripada Takaful IKHLAS yang membawa pendekatan unik dalam persiapan hari raya.
Dalam kempen terbarunya, Raya G.PT. – Takaful IKHLAS menggabungkan elemen moden dan tradisi dengan penuh hiburan.
Kisah bermula apabila tiga sepupu teruja merancang sambutan raya yang sempurna dengan memilih untuk bergantung sepenuhnya pada teknologi.
Mereka memutuskan untuk menggunakan bantuan kecerdasan buatan (AI) seperti ejen perbualan AI, untuk merancang segala-galanya bermula dari dekorasi rumah hingga ke menu hidangan, berharap dapat meraikan perayaan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Namun, perjalanan mereka penuh dengan kejutan lucu apabila teknologi tidak seperti yang dijangkakan.
Akhirnya, dalam kekalutan mereka, orang kampung berpengalaman datang membantu dan mengingatkan mereka bahawa tiada teknologi yang dapat menggantikan ikatan kemesraan sesama insan, amalan tolong-menolong, kehangatan ikatan keluarga, tradisi, serta sentuhan kasih sayang yang hanya boleh diberikan oleh orang-orang lama.
Bertujuan menarik perhatian mereka yang celik teknologi, gemar komedi serta menghargai elemen nostalgia, video ini bukan sahaja menghiburkan malah mengingatkan kita nilai-nilai kekeluargaan dan tradisi yang membuat raya begitu bermakna.
Jika anda ingin merasai gelak tawa, kenangan manis dan sambutan tradisi bersama keluarga, jangan lepaskan peluang menonton Raya G.P.T oleh Takaful IKHLAS.
© New Straits Times Press (M) Bhd