Calhanoglu menyamakan kedudukan buat Inter ketika berdepan Milan di San Siro dalam aksi Piala Itali.
INTER Milan bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat AC Milan dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Itali dalam perlawanan di Stadium San Siro pada Khamis, dengan Tammy Abraham dan Hakan Calhanoglu menjelmakan gol buat pasukan masing-masing.
Abraham memberikan Milan pendahuluan pada minit ke-47 sejurus selepas rehat, sebelum Inter menyamakan kedudukan melalui rembatan Calhanoglu pada minit ke-67.
Pendahulu Serie A, Inter, yang akan bertandang ke Bayern Munich pada Rabu depan dalam suku akhir Liga Juara-Juara, sedang berusaha untuk meraih treble pertama dalam tempoh 15 tahun.
AC Milan pula, yang berada di tempat kesembilan dalam Serie A, lima mata di belakang tempat kelayakan Eropah, kejayaan dalam Piala Itali merupakan peluang terbaik untuk layak ke Eropah musim depan.
Sebagai rekod, pemenang Piala Itali secara automatik akan mara ke fasa liga Liga Europa.
Inter, tanpa penyerang cedera Lautaro Martinez, menguasai lebih banyak penguasaan bola, namun kedua-dua pasukan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan permainan.
Rafael Leao mempunyai peluang terbaik untuk meletakkan Milan di depan selepas 26 minit, namun dinafikan penjaga gol Inter Josep Martinez.
Sementara itu, Calhanoglu juga berjaya memaksa Mike Maignan Milan bekerja keras menerusi sepakan percumanya.
Abraham memecah kebuntuan pada minit ke-47 selepas pemain berusia 27 tahun itu menterjemahkan sentuhan Youssouf Fofana.
Inter kemudian meningkatkan tekanan yang akhirnya gol penyamaan berjaya dijelmakan Calhanoglu 20 minit selepas itu.
Sementara itu, Bologna meraih kelebihan 3-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama menentang Empoli pada Khamis.
INFO
Inter, pemenang sembilan kali, kali terakhir menjulang trofi itu pada 2023, manakala Milan telah memenangi Piala Itali lima kali, kali terakhir pada 2003.