Misi Bunga Raya 7s pertahankan kejuaraan bermula

Misi Bunga Raya 7s pertahankan kejuaraan bermula


TONGGAK skuad ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki negara, Ahmad Zulhilmi Azizad bertekad memastikan trofi Kejohanan 7s Asia Tenggara (SEA 7s) dimenangi edisi 2024 kekal di pangkuan skuad Bunga Raya.

Malah, pemain sayap berusia 24 tahun yakin mental dan fizikal sudah berada pada tahap terbaik selepas melakukan persiapan rapi untuk kejuaraan yang berlangsung di Singapura tersebut.

Ahmad Zulhilmi

“Secara peribadi, saya berazam menampilkan prestasi terbaik seterusnya membantu pasukan mengekalkan kejuaraan SEA 7s.

“Kehadiran pemain junior juga yang digandingkan dengan pemain senior meningkatkan kualiti permainan dan kekuatan pasukan.

“Baki masa yang ada, saya lebih memberi tumpuan kepada aspek decision making dan juga kaedah menyerap tekanan sepanjang perlawanan,” katanya kepada Sukan Sinar.

Saingan SEA 7s membuka gelanggang dari 4 hingga 5 April dengan perlawanan berlangsung di Stadium Jurong Barat, manakala aksi akhir di Stadium Nasional.

Skuad negara sebelum ini melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara edisi 2024 selepas menewaskan Singapura A 14-10 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional.

Pemain dari Gelang Patah, Johor itu juga menjangkakan saingan sengit daripada Singapura, Indonesia dan juga Filipina, namun percaya pemain negara mampu menyerlah.

“Saya akan melihat bagaimana corak permainan pasukan lawan dan mengenal pasti ruang yang boleh dimanfaatkan pasukan negara.

“Ini kerana saya percaya setiap pasukan lawan yang akan ditentang mempunyai kekuatan dan kekurangan masing masing,” katanya.

INFO: Kejohanan 7s Asia Tenggara (SEA 7s)

BUNGA RAYA 7S (LELAKI)

Pengurus:

Che Mohd Zulkarnain Abd Wahab

Ketua Jurulatih:

Nik Safuan Ismade Nik Man

Pemain:

1. Muhammad Zulhisham Rasl

2. Ahmad Zulhimi Azizad

3. Mohamad Zariff Mohd Zaidy

4. Mohamad Shah Izwan Nordin

5. Muhammad Safiy Md Said

6. Muhammad Kamal Hamidi Mohd Raihan

7. Muhammad Halim Abu Kassim

8. Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi (Kapten)

9. Ammaar Mohamad Zamri

10. Adeen Imann Putra Md Baharudin

11. Adam Ariff Alias

12. Muhammad Farid Alias



Source link

OR

Scroll to Top