FFP: Chelsea berunding UEFA

FFP: Chelsea berunding UEFA


Chelsea mengesahkan sedang berunding dengan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) berkaitan kemungkinan pelanggaran peraturan Financial Fair Play (FFP).

KELAB Liga Perdana Inggeris, Chelsea mengesahkan sedang berunding dengan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) berkaitan kemungkinan pelanggaran peraturan Financial Fair Play (FFP).

Perbincangan itu melibatkan keputusan kewangan kelab bagi tahun kewangan berakhir Jun 2024, di mana Chelsea mencatatkan keuntungan sebelum cukai 128.4 juta pound – keuntungan pertama sejak diambil alih konsortium Todd Boehly dan Clearlake Capital.

Keuntungan tersebut termasuk penilaian bernilai 200 juta pound terhadap pasukan wanita Chelsea, yang kini disusun semula sebagai entiti berasingan daripada pasukan lelaki menerusi perjanjian dengan syarikat induk BlueCo.

Bagaimanapun, penilaian itu masih belum mendapat kelulusan rasmi daripada UEFA dan Liga Perdana Inggeris.

Sabtu lalu, Chelsea mengeluarkan laporan kewangan terperinci menyatakan kelab sedang berbincang dengan UEFA berkenaan faktor-faktor mitigasi yang memberi kesan kepada pematuhan terhadap peraturan tersebut.

Undang-undang UEFA melarang transaksi melibatkan entiti berkaitan, menjadikan hasil jualan pasukan wanita tidak boleh dimasukkan dalam pengiraan FFP.

Mengikut peraturan UEFA, kelab yang bersaing dalam kejuaraan Eropah hanya dibenarkan kerugian maksimum sebanyak 170.1 juta pound dalam tempoh tiga tahun.

Untuk musim 2023/24, Chelsea membelanjakan kira-kira 553 juta pound bagi pembelian pemain, sementara hasil penjualan pemain hanya mencecah 208 juta pound.



Source link

OR

Scroll to Top