Kebakaran di Putra Heights: Van Rapid KL hantar 76 murid, pelajar terjejas ke sekolah

Kebakaran di Putra Heights: Van Rapid KL hantar 76 murid, pelajar terjejas ke sekolah


Kuala Lumpur: Sebanyak lima van Rapid KL-On Demand digerakkan pagi ini bagi menghantar 76 pelajar dan murid terjejas insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor daripada dua pusat pemindahan sementara (PPS) ke 19 sekolah di sekitar Subang Jaya.

Daripada jumlah itu, 42 merupakan murid sekolah rendah dan 34 pelajar sekolah menengah.

Ketua Wilayah Tengah Rapid Bus Sdn Bhd, Khairul Azhar Hamidulah berkata, pihaknya telah membuat perancangan awal bersama pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak berkuasa tempatan, bagi memastikan kelancaran proses penghantaran pelajar.

“Daripada jumlah itu, seramai 60 orang merupakan pelajar sesi pagi dan 16 sesi petang. Namun, jumlah sebenar pagi ini mungkin sedikit kurang dan akan bertambah dari semasa ke semasa,” katanya kepada Bernama.

Inisiatif itu digerakan dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), PPD Petaling Perdana, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Prasarana Malaysia Berhad.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top