MSN lulus permintaan KOM lantik 6 jurulatih baharu

MSN lulus permintaan KOM lantik 6 jurulatih baharu


MAJLIS Sukan Negara (MSN) bersetuju dengan permintaan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk melantik enam jurulatih baharu.

Pelantikan itu bagi memperkuatkan persiapan skuad olahraga negara untuk menghadapi beberapa kejohanan utama termasuk persiapan ke Sukan SEA Thailand akhir tahun ini.

Persetujuan tersebut dicapai ketika pertemuan di antara Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin dengan delegasi KOM yang diketuai presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim di MSN, Bukit Jalil pada Khamis.

Senarai enam jurulatih baharu yang terdiri daripada tiga kepakaran luar negara dan tiga tenaga tempatan itu dipilih oleh KOM untuk memperkasakan aspek kejurulatihan bagi semua disiplin, termasuk pecut, lontaran dan lompatan.

“Saya telah bertemu presiden KOM dan kami telah bersetuju dengan pelantikan enam jurulatih berkenaan yang selari dengan pelan perancangan dikemukakan oleh KOM kepada MSN,” ujar Jefri.

Butiran dan pengumuman senarai nama jurulatih-jurulatih itu akan dilakukan oleh KOM tidak lama lagi.



Source link

OR

Scroll to Top