Lelaki ditahan beberapa jam selepas cabul kehormatan wanita sedang joging

Lelaki ditahan beberapa jam selepas cabul kehormatan wanita sedang joging



am@hmetro.com.my

Melaka: Seorang lelaki ditahan beberapa jam selepas mencabul kehormatan seorang wanita yang berjoging di Taman Rekreasi Bukit Serindit di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 20 tahun itu dikatakan berjoging bersendirian sebelum dia didatangi suspek berusia 27 tahun itu dan melakukan perbuatan terkutuk itu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata susulan kejadian itu, anggota Balai Polis Banda Hilir menjalankan operasi memburu suspek sebelum berjaya menahannya kira-kira jam 12.05 tengah malam di sekitar lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang masih bujang dan tidak bekerja itu bebas daripada penyalahgunaan dadah.

“Justeru, lelaki berkenaan direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul kehormatan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau sebat atau denda atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan kejadian itu, Dzulkhairi menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar serta tidak bersendirian bagi mengelakkan daripada kes seumpama itu berlaku.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top