Nuno fokus pulihkan prestasi Forest hadapi Tottenham

Nuno fokus pulihkan prestasi Forest hadapi Tottenham


PENGENDALI Nottingham Forest, Nuno Espírito Santo, kini memberi sepenuh tumpuan terhadap usaha memulihkan prestasi pasukannya selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang perlawanan menentang Tottenham Hotspur pada Selasa.

Tambahan pula, keputusan positif yang dicapai oleh pesaing terdekat mereka telah menyemarakkan semula perebutan slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

“Kekecewaan terbesar yang kami alami ketika ini ialah kegagalan untuk mempamerkan aksi seperti yang kami harapkan, terutamanya dalam perlawanan terakhir. Ia benar-benar mengecewakan.

“Berkaitan dengan pencapaian pasukan lain, tiada yang berubah sejak beberapa minggu lalu. Segala-galanya masih terletak di tangan kami. Kami tidak boleh mengawal prestasi mereka, jadi yang penting sekarang ialah bagaimana kami bangkit dan memperbaiki diri.

“Kami tidak boleh terlalu memikirkan tentang apa yang dilakukan pasukan lain. Tumpuan kami adalah kepada diri kami sendiri, bagaimana kami boleh bermain dengan lebih baik dan meraih mata. Setiap perlawanan adalah penting dan kami akan menghadapinya dengan mentaliti yang betul,” kata Nuno.

Kekalahan kepada Aston Villa dan Everton baru-baru ini menyaksikan Forest berada dalam kelompok lima terbaik juga slot terakhir ke Liga Juara-Juara musim depan menjadikan perlawanan menentang Tottenham medan penting buat kelab itu untuk kembali ke landasan kemenangan

Apabila ditanya mengenai harapan penyokong yang mahu melihat Forest mengulangi kegemilangan era lewat 1970-an, Nuno mengakui bahawa segala-galanya bermula dengan persembahan yang positif daripada anak buahnya.

“Jangkaan terhadap kami mula timbul apabila pasukan mempamerkan permainan yang baik serta memperoleh keputusan yang memberangsangkan.

“Kami menyambut baik cabaran ini dan tidak akan berundur. Sebaliknya, kami akan terus mara ke hadapan. Kami mahu mencuba sedaya upaya untuk mencapainya.

“Memang sukar, namun percayalah, kami sedang memberikan segalanya pada penghujung musim ini,” katanya lagi.



Source link

OR

Scroll to Top