MFL harap semua kelab kekal beraksi dalam Liga Super

MFL harap semua kelab kekal beraksi dalam Liga Super


LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan semua kelab dapat lulus Lesen Kebangsaan sekali gus kekal beraksi dalam kancah saingan Liga Super.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd berkata, semua pasukan ketika ini masih komited untuk bersaing dalam Liga Super dan menyelesaikan urusan pelesenan kelab.

Menurutnya, keputusan Lesen Kebangsaan itu akan diketahui pada Rabu depan selepas First Instance Body (FIB) bersidang dan menyemak semua dokumen yang dihantar oleh kelab.

“Kita mengharapkan agar semua kelab mampu dan berjaya memenuhi semua kriteria dan lulus pelesenan kelab,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pasukan dalam saingan Liga Super berdepan masalah kewangan dan tunggakan gaji menyaksikan kemungkinan mereka tidak dapat beraksi dalam saingan musim depan.

Namun, masih ada tempoh berbaki lima hari untuk mereka menyelesaikan masalah dihadapi sebelum tempoh Lesen Kebangsaan itu ditutup.

Beliau berkata, MFL juga ada berjumpa dengan pemilik kelab untuk melihat dengan lebih dekat masalah yang dihadapi mereka.

“Buat masa ini belum lagi (ada pasukan yang menyuarakan tak mampu beraksi di Liga Super.

“Semua pihak masih optimis dan kita pun kerap berjumpa dengan beberapa pemilik kelab untuk kita dapat tahu apa isu yang dihadapi dan apa pertolongan yang kita boleh berikan.

“Jadi pada ketika ini MFL optimis dan juga kelab juga optimis untuk dapatkan lesen tersebut,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top