Cukup-cukuplah masuk program realiti TV – Ayu Damit

Cukup-cukuplah masuk program realiti TV – Ayu Damit


am@hmetro.com.my

Foto Hazreen Mohamad

Kajang: “Cukup-cukuplah, masuk dalam program realiti TV sebab saya sudah tiada masa untuk itu,” kata penyanyi, Ayu Damit, 35, ketika ditanya sama ada dia mahu menyertai program realiti TV selepas ini.

Ayu yang juga juara program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua dan pemenang tempat ketiga, program realiti popular Gegar Vaganza musim ketujuh (GV 7) pada 2020 berkata, dia juga tidak merancang untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian ketika ini.

“Misi saya sekarang mahu menggenggam ijazah dan bergelar pensyarah pula.

“Suami pun cakap tak payah masuk program realiti TV lagi, lebih baik duduk diam-diam di rumah dan selesaikan pengajian. Jangan nak pening kepala sampai migrain lagi.

“Ketika sertai GV7, saya dapat migrain kerana banyak benda (komitmen) yang perlu dibuat dari segi lagu dan hanya ada satu hari saja berehat. Jadi, saya sudah lalui proses itu dan sampai masa untuk saya berhenti dari sertai program realiti nyanyian,” katanya.

Ditanya sama ada dia merancang untuk meninggalkan karier nyanyian, Ayu yang kini menyambung pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam Ijazah Sarjana Muda Asasi Seni Kreatif, menafikannya.

“Sebenarnya, saya sudah ada sasaran dalam karier iaitu pada usia 45 tahun, saya mahu hidup tenang. Takkan nak menyanyi sampai umur 60 tahun?

“Bukan mahu tinggalkan karier seni tapi saya mungkin perlahankannya pada usia 45 tahun kerana mahu hidup lebih relaks, fokus perniagaan dan mengajar pula pada masa depan.

“Selepas selesai pengajian ijazah di Aswara lagi dua tahun, saya akan sambung ke peringkat master (sarjana) dan mungkin mengajar dulu. Insya-Allah, jika semuanya berjalan lancar, saya akan sambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) pula nanti,” katanya.

Sementara itu, Ayu akan bekerjasama dengan Datin Alyah dan Idayu untuk menjayakan showcase, An Evening To Remember yang bakal berlangsung di Hotel Park Inn by Radisson Putrajaya pada 21 dan 22 Jun nanti.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top