PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 24.66 mata kepada 1,540.22 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,515.56 pada penutup Selasa.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,518.07.
Jumlah dagangan sebanyak 2.56 bilion unit bernilai RM2.25 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 559 berbanding 364 dengan 459 kaunter tidak berubah dan 1,037 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun meningkat 205.39 mata atau 0.57 peratus kepada 36,045.38 berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan menurun sebanyak 0.34 peratus kepada 2,556.61 dan indeks STI Singapura naik 0.72 peratus kepada 3.832.51.- UTUSAN