Jualan Rahmah Terengganu jana lebih RM13 juta

Jualan Rahmah Terengganu jana lebih RM13 juta


HULU TERENGGANU: Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) yang dilaksanakan di setiap parlimen di seluruh Terengganu sejak awal tahun ini, merekodkan hasil jualan melebihi RM13 juta setakat April lalu.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara HidupTerengganu, Mohd. Musfi Lat berkata, pelaksanaan program tersebut memberi manfaat kepada lebih 314,500 pengunjung.

“Sehingga 29 Aprilnlalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu menganjurkan 314 siri PJRM di setiap parlimen seluruh Terengganu melibatkan tiga jenis model pelaksanaan.

“Sebanyak 136 siri di dalam premis, 177 siri secara bergerak dan satu siri di dalam pasar. Sehingga akhir tahun ini, dijadualkan lebih 100 lagi PJRM dianjurkan merangkumi parlimen dan dewan undangan negeri,” katanya selepas meninjau PJRM luar premis terbuka sempena Hari Pekerja di Dataran Kuala Berang, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Jualan Rahmah Madani di Kampus (PJRM@Kampus) di Terengganu dijangka bermula bulan depan  di institusi pengajian tinggi  terpilih.

Kata beliau, pihaknya dalam perbincangan dengan Gerakan Pengguna Siswa dan pelaksanaan PJRM@Kampus nanti memberi manfaat kepada golongan mahasiswa. – UTUSAN

 

 





Source link

OR

Scroll to Top