Pertembungan buku dan ruas

Pertembungan buku dan ruas


sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Selangor FC tidak memandang mudah pertemuan dengan Pahang Rangers FC yang dijangka sengit pada saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Divisyen 1 musim 2025 di Stadium Tertutup Sukpa, di sini esok.

Ketua jurulatih Selangor FC, Edgar Baldasso, berkata perlawanan malam esok menjadi pertemuan buku dengan ruas kerana kedua-dua pasukan memiliki kelebihan dan kekuatan tersendiri untuk mencatat kemenangan.

Menurutnya, Selangor memiliki peluang mencatat kemenangan sekiranya pemain tampil dengan kesungguhan dan semangat juang yang tinggi.

“Saya berharap pemain tidak memandang rendah pada lawan dan tidak pula terlalu yakin dapat menewaskan lawan. Pamerkan rentak permainan yang diatur sebelum ini.

“Walaupun kelebihan ada pada lawan yang bermain di gelanggang sendiri namun itu tidak bermakna kita terlalu menghormati skuad Tok Gajah yang kini berada di tangga ketiga liga,” katanya selepas sesi latihan ringan dan ujian gelanggang Stadium Tertutup Sukpa hari ini.

Dalam pada itu, jurulatih Pahang Rangers, Luis Fonseca Cilleros berharap pasukannya dapat meneruskan kecemerlangan selepas dua kemenangan berturut-turut ke atas Sabah (6-5) dan Kedah (8-1) sekali gus penyuntik semangat bagi memburu kemenangan berharga di gelanggang sendiri malam esok.

Beliau menyedari bakal menerima tentangan sengit daripada skuad Merah Kuning yang kini berada di tangga kedua liga, namun tetap yakin tiga mata tetap berpihak pada Tok Gajah.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top