CEO baharu KDN FC sedia terima kritikan pedas penyokong

CEO baharu KDN FC sedia terima kritikan pedas penyokong


Irwan Rizal. Foto SINAR HARIAN HAZELEN LIANA KAMARUDIN

KELAB Bola Sepak Kelantan Darul Naim (KDN) FC melantik Datuk Irwan Rizal Mohd Ali Napiah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan itu berkuat kuasa serta-merta.

Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden KDN FC, Rozi Muhamad, pada Majlis Apresiasi KDN FC di Hotel Perdana di Kota Bharu.

Sementara itu, Irwan Rizal berkata, beliau bersedia untuk berdepan sebarang kritikan pedas daripada peminat bola sepak Kelantan yang mengharapkan perubahan lebih baik kepada pasukan.

Beliau tidak akan mudah melatah, sebaliknya mahu kekal tenang dalam menguruskan pasukan.

Menurut ahli korporat tersebut, beliau memberikan dua fokus utama, iaitu mengukuhkan kewangan dan menstabilkan pasukan pada peringkat awal.

“Kedua-dua perkara tersebut bukan mudah, jadi saya perlu merangka satu model pembangunan yang menyeluruh bagi memastikan ia baik untuk pasukan,” katanya.

Menurut beliau, pengalaman dalam dunia korporat sebelum ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menggerakkan KDN FC.



Source link

OR

Scroll to Top