Benarkah musuh gerun kepada Rasulullah SAW sebulan sebelum bertemu?

Benarkah musuh gerun kepada Rasulullah SAW sebulan sebelum bertemu?


– Advertisement –

Soalan:

Benarkah seorang penceramah memberitahu antara kelebihan Nabi Muhammad SAW ialah musuh merasa gerun sebulan sebelum berjumpa Nabi?

– Advertisement –

Jawapan:

Apa yang diceritakan oleh penceramah tersebut adalah benar.

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a.:

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أُعْطِيتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ مِنَ الأَنْبِيَاءِ قَبْلِي: نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيرَةَ شَهْرٍ

Ertinya: “Telah bersabda oleh Rasulullah sollalahu alaihi wasallam: Telah diberikan bagiku lima perkara yang belum pernah diberikan akan seorang jua pun daripada para Nabi a.s. sebelumku. Telah dibantu akan diriku dengan rasa gerun jarak perjalanan sebulan….”

Pada riwayat Imam Muslim sabda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam:

وَنُصِرْتُ بِالرُّعْبِ بَيْنَ يَدَيْ مَسِيرَةِ شَهْرٍ

Ertinya: “Dan dibantu akan daku dengan ketakutan pada hadapanku pada jarak masa sebulan.”

Dan pada riwayat Imam Ahmad:

نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ، فَيُرْعَبُ مِنِّي الْعَدُوُّ عَنْ مَسِيرَةِ شَهْرٍ

Ertinya: “Telah dibantu akan daku dengan ketakutan maka ditakutkan daripada aku akan musuh daripada jarak sebulan.”

Maksudnya didatangkan perasaan takut kepada musuh-musuh Nabi sollallahu alaihi wasallam di dalam hati mereka dalam masa sebulan sebelum bertemu dengannya atau musuh-musuhnya yang hendak bertemu dengannya sudah mula merasa takut sejauh sebulan perjalanan sebelum bertemu dengannya.

Berkata Imam Al-‘Aini:

وَنصر الله تَعَالَى إِيَّاه بِالرُّعْبِ مِمَّا خصّه الله بِهِ، وفضله وَلم يؤته أحدا غَيره

Ertinya: “Telah menolong oleh Allah Taala akan Nabi sollallahu alaihi wasallam dengan didatangkan perasaan gerun itu ialah setengah daripada yang Allah khususkan dengannya dan kelebihannya dan tidak diberikan keistimewaan ini akan seorang pun selainnya.” (Kitab Umdah Al-Qari)

Sungguhnya Allah Taala apabila Dia hendak menolong akan hamba-Nya nescaya dicampakkan ke dalam hati musuh-musuhnya akan rasa takut sebagaimana firman Allah Taala:

سَنُلْقِى فِى قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُوا الرُّعْبَ بِمَا أَشْرَكُوا بِاللَّهِ

Ertinya: “Lagi akan Kami campakkan pada segala hati orang-orang yang kafir itu ketakutan dengan sebab barang yang mereka sekutukan dengan Allah.” (Ali-Imran: 151)

Berkata Imam As-Son’ani:

نُصِرْت بِالرُّعْبِ وَهُوَ الْخَوْفُ مَسِيرَةَ شَهْرٍ أَيْ بَيْنِي وَبَيْنَ الْعَدُوِّ مَسَافَةُ شَهْرٍ، وَأَخْرَجَ الطَّبَرَانِيُّ «نُصِرْت بِالرُّعْبِ عَلَى عَدُوِّي مَسِيرَةَ شَهْرَيْنِ» وَأَخْرَجَ أَيْضًا تَفْسِيرَ ذَلِكَ عَنْ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ بِأَنَّهُ شَهْرٌ خَلْفِي وَشَهْرٌ أَمَامِي. قِيلَ: وَإِنَّمَا جَعَلَ مَسَافَةَ شَهْرٍ؛ لِأَنَّهُ لَمْ يَكُنْ بَيْنَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَيْنَ أَحَدٍ مِنْ أَعْدَائِهِ أَكْثَرَ مِنْ هَذِهِ الْمَسَافَةِ

Ertinya: “Telah dibantu akan daku dengan takut iaitu perasaan takut (dalam hati musuh) sejarak masa sebulan ertinya antaraku dan musuh itu jarak masa sebulan. Imam At-Tabarani telah mengeluarkan sebuah hadis: Dibantu akan daku dengan perasaan takut atas musuhku pada jarak masa dua bulan. Dan As-Saib bin Yazid telah mengeluarkan juga tafsiran yang demikian itu dengan makna sebulan di belakangku dan sebulan di hadapanku. Kata setengah ulama: Dan hanya sungguhnya dijadikan jarak sebulan itu kerana sungguhnya tidak ada antara Nabi sollallahu alaihi wasallam dan antara seorang daripada musuhnya lebih daripada jarak ini.” (Kitab Subul As-Salam)

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 8/5/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

– Advertisement –



Source link

OR

Scroll to Top