Ipoh: Tiga jenazah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Chikus – Sungai Lampam pagi semalam, selamat dikebumikan awal pagi ini.
Jenazah Allahyarham Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang, di sini, pada 4.50 pagi.
Pengebumian anggota FRU berusia 33 tahun itu turut dihadiri Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin serta kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga serta sahabat handai.
Jenazah dikebumikan mengikut istiadat pengebumian kepahlawanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Noor Hisam menyerahkan Jalur Gemilang kepada ibu Allahyarham, Suriati Omar.
Sementara itu, jenazah Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Meru, di sini, 5.08 pagi.
Van membawa jenazah Mohd Roslan tiba di tanah perkuburan berkenaan pada 4.43 pagi.
Allahyarham yang berasal dari Jengka, Pahang meninggalkan isteri Nur Aini Samiun, 44, serta tiga cahaya mata iaitu Muhammad Raqin Najmi Mohd Roslan, 13, Muhammad Rizqi Nazhan, 9, serta Nur Aqeela Rawida, 6.
Jenazah Koperal Amiruddin Zabri, 38, pula dibawa ke rumahnya di Kampung Sungai Itek di Gopeng sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tubong selepas subuh tadi.
Dalam pada itu, jenazah Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28, dibawa balik ke kediamannya di Lunas, Kedah dan dijangka dikebumikan pada 10 pagi ini.
Jasad Koperal Nurit Ak Pandak, 34, dan Sarjan S Perumal, 44, masing-masing akan disemadikan di Kampung Batu Berangkai, Kampar pada 11 pagi dan Krematorium Buntong petang ini.
Terdahulu, sembilan jenazah dan jasad anggota FRU yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Teluk Intan pagi Selasa selesai diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi PDRM di FRU Unit 5, Sungai Senam, di sini pada 3.46 pagi.
Berita berkaitan
* Suasana sugul, hiba istiadat penghormatan terakhir
* 8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan
* Kemalangan FRU: Angka kematian meningkat sembilan orang – Polis
* Kemalangan FRU: Lori muatan batu dipercayai alami kegagalan stereng – Polis
* PDRM akan pastikan keluarga anggota FRU terbabit kemalangan di Teluk Intan terjaga
* Tragedi kedua babit anggota FRU selepas 35 tahun
* Identiti nama 9 anggota FRU yang terkorban nahas sudah dikenal pasti
* Suasana pilu di Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan
* Nahas FRU: PM Anwar mahu siasatan menyeluruh, bantu mangsa dan keluarga
* Saksi dakwa lori muatan batu mahu elak kenderaan sebelum bertembung trak FRU
* ‘Saya sangka abang hanya cedera, rupanya dia sudah tiada’
* Arwah sangat gembira dikurniakan anak perempuan selepas 10 tahun menunggu – Isteri Koperal Amiruddin
* 9 anggota FRU terkorban: Pemandu lori ada pelbagai rekod jenayah lampau termasuk dadah – Polis
* Momen terakhir anggota FRU sebelum kemalangan di Teluk Intan
* Nahas trak FRU: Bedah siasat selesai tengah malam, 6 masih kritikal, seorang dipindah ke HRPB, Ipoh
* Nahas trak FRU: Anak istimewa hilang tempat mengadu kasih
* ‘Akmal Wafi sepatutnya balik kampung hari ini, tak sangka jenazah yang pulang’
* ‘Anak kami sudah meninggal dunia, kini suami pula menyusul’
* ‘Abang sanggup tukar pekerjaan kepada anggota FRU untuk elak perkara negatif’
* PDRM, warganet berdukacita tragedi timpa 9 anggota FRU
© New Straits Times Press (M) Bhd