am@hmetro.com.my
Kuching: Lelaki warga emas ditemui lemas di dalam keretanya yang terjatuh ke dalam Sungai Sarawak berdekatan Jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin, di sini, hari ini.
Mayat mangsa, Lim Boon Hua, 62, ditemui terperangkap di dalam keretanya oleh anggota penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jam 9.32 pagi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ,(JBPM) Sarawak berkata, mayat mangsa berjaya dikeluarkan dan dibawa ke permukaan pada jam 9.59 pagi.
“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Jabatan Laut sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Anggota PPDA menyelam semula pada jam 10.05 pagi untuk memastikan tiada mangsa lain di dalam kereta itu dan kemudian khidmat kren digunakan untuk menaikkan kereta itu ke permukaan,” katanya.
JBPM Sarawak menerima panggilan berhubung kejadian sebuah pikap terjatuh ke dalam Sungai Sarawak jeti bersebelahan Jambatan Tun Salahuddin, di sini, pada jam 10.07 malam tadi.
Berikutan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya diarah ke lokasi, kira-kira empat kilometer dari balai sejurus menerima panggilan itu.
Berdasarkan maklumat saksi, kenderaan itu dilihat berada di kawasan itu kira-kira jam 10 malam.
Kenderaan yang diletakkan menghala ke sungai itu dilihat tiba-tiba bergerak sebelum terjunam ke dalam sungai.
© New Straits Times Press (M) Bhd