Masih belum ada keputusan Lesen Kebangsaan

Masih belum ada keputusan Lesen Kebangsaan


MFL masih dalam proses menyemak dokumen yang dihantar oleh pasukan.

BADAN bebas First Instance Body (FIB) masih belum dapat mengeluarkan keputusan rasmi berhubung pasukan yang layak menerima Lesen Kebangsaan untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim 2025–2026.

Pengerusinya, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata, pihaknya masih menjalankan proses semakan menyeluruh terhadap dokumen yang dihantar oleh semua pasukan.

“FIB ingin memaklumkan bahawa proses semakan dokumen yang dimuat naik oleh semua kelab bagi permohonan Lesen Kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Super 2025–2026 masih dijalankan.

“Jawatankuasa FIB memerlukan sedikit masa lagi untuk menyelesaikan semakan teliti terhadap 387 dokumen dan ‘entries’ daripada setiap kelab Liga Super, serta 98 dokumen dan ‘entries’ daripada kelab Liga A1 Semi Pro yang dihantar sebelum tarikh tutup pada 10 Mei lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau memaklumkan, semua dokumen yang diperiksa meliputi kriteria kewangan, perniagaan, kakitangan dan pentadbiran, perundangan, sukan serta infrastruktur, yang telah dimuat naik ke dalam Sistem Pelesenan AFC (AFC CLAS).

“Sebaik sahaja proses semakan selesai, FIB akan mengumumkan keputusan rasmi permohonan Lesen Kebangsaan tersebut,” katanya lagi.



Source link

OR

Scroll to Top