Suami larang isteri beli emas

Suami larang isteri beli emas


– Advertisement –

Soalan:

Jika isteri hendak beli emas dengan duitnya sendiri tetapi suami tidak suka, adakah boleh isteri beli juga emas tersebut?

– Advertisement –

Jawapan:

Seorang perempuan yang dewasa yang boleh mentadbir dirinya adalah bebas berbelanja dengan harta miliknya seperti membeli perhiasan sama ada emas atau lainnya dan kenderaan dan rumah dan seumpamanya.

Suaminya tidak ada hak menghalang isteri berbelanja dengan wang isteri hanya suami berhak menasihati isterinya jika dilihatnya isterinya itu membazir atau membeli perkara yang tidak bermanfaat.

Adapun jika menggunakan wang suami maka suami ada hak untuk melarang atau menyekat isterinya berbelanja kepada perkara yang bukan wajib.

Berkata bekas mufti besar Negeri Mesir Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf:

للمرأة الرشيدة التصرف فى مالها كله ولا حقق لزوجها فيه. ذهب أبو حنيفة والشافعى وابن المنذر وأحمد فى إحدى الروايتين إلى أن للمرأة الرشيدة التصرف فى مالها كله بالتبرع والمعاوضة ولا حق لزوجها فيه، ولا يملك الحجر عليها فى تصرفها فيه كلا أو بعضا المفتي : حسنين محمد مخلوف.

Ertinya: “Harus bagi orang perempuan yang boleh mengurus diri menguruskan hartanya sendiri sekaliannya dan suaminya tidak ada hak pada hartanya itu. Telah berjalan oleh ulamak mazhab Hanafi dan Syafie dan Imam Ibnu Munzir dan Imam Ahmad dalam satu riwayatnya kepada bahwasanya orang perempuan yang boleh mengurus diri itu boleh berbelanja pada hartanya sekaliannya seperti melakukan kebajikan dan berjual beli dan tiada hak bagi suaminya pada harta itu dan tidak memiliki kuasa menahan atas isterinya pada menguruskan hartanya semua sekali atau sebahagiannya.” (Darul Ifta Mesir)

Kesimpulan

Kesimpulannya isteri tersebut boleh membeli barang kemas atau emas tersebut sekalipun suaminya tidak berkenan cuma sebaiknya biarlah suaminya turut menyukainya kerana menjaga hati suami itu perkara yang dituntut oleh syarak.

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 20/5/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

– Advertisement –



Source link

OR

Scroll to Top