Nasib berbeza Aaron-Wooi Yik, Khai Xing-Aaron Tai

Nasib berbeza Aaron-Wooi Yik, Khai Xing-Aaron Tai


JUARA Asia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke suku akhir Kejohanan Malaysia Masters selepas memenangi perlawanan pusingan kedua yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Khamis.

Beregu lelaki negara itu, yang masih segar dengan kejuaraan Terbuka Thailand, mara selepas menewaskan pasangan dari Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han, dalam straight set 21-13, 21-16 dalam kejohanan bertaraf Super 500 berkenaan.

Aaron-Wooi Yik bakal berdepan wakil Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard, yang menewaskan juara remaja dunia 2024, Kang Khai Xing-Aaron Tai.

Pasangan muda negara yang tidak disenaraikan sebagai pilihan kejohanan hampir mencipta kejutan apabila memberikan tentangan sengit dalam perlawanan selama 67 minit, sebelum tewas 10-21, 26-24, 16-21.

Intensiti tinggi menyelubungi set penentuan apabila penjaga garisan memberikan mata ke-15 kepada pasangan Denmark menerusi keputusan yang dianggap keluar oleh pemain negara.

Keputusan itu menyaksikan ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, masuk ke gelanggang untuk mempertikaikan keputusan tersebut.



Source link

OR

Scroll to Top