GEGAK-GEMPITA para penyokong mengiringi kejayaan Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke pentas final Malaysia Masters 2025 di Bukit Jalil sebentar tadi.
Kejayaan beregu lelaki negara itu diraih selepas menundukkan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi secara straigt set dalam aksi separuh akhir di Axiata Arena.
Pasangan negara yang berstatus kelapan dunia itu bermula garang apabila menang 21-12 pada set pertama ke atas pasangan Jepun tersebut.
Menjengah permainan kedua, mereka yang mesra disapa ‘Man-Tee’ meneruskan momentum positif apabila mengesahkan kemenangan 21-14 dalam masa 31 minit.
Menerusi keputusan tersebut menyaksikan juara Indonesia Masters Januari lalu itu merapatkan jurang kemenangan kepada 1-2 ke atas Hoki-Kobayashi.
Di pentas akhir pada Ahad, mereka bakal berdepan pemenang antara rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen yang akan turun beraksi sebentar lagi.
OR