‘Kalau jadi juara, itu lebih baik’

‘Kalau jadi juara, itu lebih baik’


GEGAK-GEMPITA para penyokong mengiringi kejayaan Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke pentas final Malaysia Masters 2025 di Bukit Jalil pada Sabtu.

Kejayaan beregu lelaki negara itu diraih selepas menundukkan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi secara straigt set dalam aksi separuh akhir di Axiata Arena.

Pasangan negara yang berstatus kelapan dunia itu bermula garang apabila menang 21-12 pada set pertama ke atas pasangan Jepun tersebut.

Menjengah permainan kedua, mereka yang mesra disapa ‘Man-Tee’ meneruskan momentum positif apabila mengesahkan kemenangan 21-14 dalam masa 31 minit.

Mereka bagaimanapun enggan berasa selesa dengan kemenangan tersebut kerana perjuangan belum selesai.

“Mungkin bukan yang terbaik, tetapi kami gembira dapat beraksi sebegini (agresif). Apapun ini baru permulaan, tidak bermakna perlawanan seterusnya akan jadi sama.

“Jadi kami kena lebih fokus untuk perlawanan akan datang (final) dan kejohanan seterusnya,” ujar Kai Wun.

Menerusi keputusan tersebut menyaksikan juara Indonesia Masters Januari lalu itu merapatkan jurang kemenangan kepada 1-2 ke atas Hoki-Kobayashi.

Menyentuh mengenai aksi akhir pada Ahad yang sudah pasti enggan terlepas peluang untuk meraih gelaran, Wei Chong bagaimanapun enggan terlalu memikirkan perkara itu.

“Esok (Ahad) kita pun tidak tahu apa akan jadi. Mungkin prestasi akan turun kerana apa yang penting fokus pada perlawanan seterusnya dan cuba kekalkan prestasi macam hari ini (Sabtu).

“Kalau boleh jadi juara, itu lebih baik, namun apa yang utama ialah prestasi (terbaik),” katanya.

Di pentas akhir pada Ahad, mereka bakal berdepan rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan juara bertahan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, 21-19, 17-21, 21-15 dalam masa 64 minit.



Source link

OR

Scroll to Top