Manchester United tiba di Kuala Lumpur, sedia hadapi ASEAN All-Stars

Manchester United tiba di Kuala Lumpur, sedia hadapi ASEAN All-Stars


KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United selamat tiba di ibu kota pada Isnin menjelang aksi persahabatan menentang ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Rabu.

Ketibaan skuad Red Devils bimbingan Rubern Amorim dengan 32 pemain yang terlibat dalam siri jelajah pascamusim itu disambut meriah peminat tegar yang mula berkampung di sebuah hotel di sini sejak 5 petang tadi.

Antara pemain terlibat Andre Onana, Altay Bayindir dan Tom Heaton yang bermain di posisi penjaga gol.

Pemain yang bermain di posisi pertahanan membabitkan Harry Amass, Dan Armer, Diogo Dalot, Matthijs de igt, Patrick Chinazaekpere Dorgu, Jonny Evans, Tyler Fredricson, Ayden Heaven, Jaydan Kamason, Godwill Kukonki, Harry Maguire, Reece Munro dan Luke Shaw.

Sementara Casemiro, Toby Collyer, Bruno Fernandes, Tyler Fletcher, Sekou Kone, Kobbie Mainoo, Jack Moorhouse, Mason Mount, Jim Thwaites dan Manuel Ugarte bermain di posisi tengah.

Ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim tiba di Kuala Lumpur sempena jelajah pramusim menentang ASEAN All-Stars. Foto Bernama
Juara 13 kali EPL itu dijadualkan beraksi menentang ASEAN All-Stars pada Rabu ini (28 Mei) di Stadium National Bukit Jalil.
Kali terakhir United terbang ke Malaysia semasa jelajah pramusim pada tahun 2009 menentang Malaysia XI.
Pasukan dibimbing Ruben Amorim itu kemudiannya akan terbang ke Hong Kong pada 30 Mei bagi melengkapkan jelajah pramusim tahun ini.
–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pemain di posisi penyerang pula terdiri daripada Alejandro Garnacho, Amad, Rasmus Hojlund, Shea Lacey, Chido Obi, dan Joshua Zirkzee.

Kali terakhir Manchester United beraksi di Malaysia ialah pada siri jelajah pramusim 2009, menewaskan Malaysia XI dua kali, 3-2 dan 2-0, masing-masing pada 18 dan 20 Julai di SNBJ.

Terdahulu, pasukan itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 6.30 petang usai perlawanan terakhir EPL musim 2024/2024 dengan kemenangan ke atas Aston Villa 2-0 semalam.

Juara EPL sebanyak 13 kali itu juga akan berkunjung ke Hong Kong untuk menentang pasukan negara itu di Stadium Hong Kong pada 30 Mei ini.

Lima pemain skuad kebangsaan akan menyertai ASEAN All-Stars bagi aksi menentang United iaitu Muhammad Azam Azmi Murad (Terengganu FC), Muhammad Adib Abdul Ra’op (Penang FC), Muhammad Haziq Nadzli (Perak FC), Declan Lambert (Kuala Lumpur City FC) dan Sergio Aguero (Sri Pahang FC).

Mereka akan berada di bawah bimbingan jurulatih Kim Sang Sik dari Korea Selatan yang membawa Vietnam menjuarai Kejohanan ASEAN 2024. – Bernama



Source link

OR

Scroll to Top