MU tak ambil mudah, janji aksi terbaik

MU tak ambil mudah, janji aksi terbaik


Amorim (kiri) ketika sidang akhbar pra perlawanan pada Selasa. SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

MANCHESTER United tidak mengambil mudah setiap perlawanan yang dihadapi termasuk aksi Piala Cabaran Maybank menentang ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu.

Pengendali United, Ruben Amorim berkata, pasukan akan sentiasa memberikan aksi terbaik tidak kira perlawanan mana sekalipun selain menjadi medan untuk The Red Devils memperbaiki pasukan.

“Setiap perlawanan yang kami hadapi, kami memikul tanggungjawab besar kerana seluruh dunia, termasuk peminat kami sedang menyaksikannya.

“Jadi ia amat penting. Kami mahu menghargai segala perhatian yang diberikan oleh semua pihak.

“Kami mahu memberikan persembahan yang baik. Masih banyak yang perlu dilakukan.

“Seperti yang anda lihat musim ini, kami perlu memperbaiki pasukan. Jika ada mana-mana perlawanan yang perlu dihadapi, kami akan menggunakannya sebagai peluang untuk meningkatkan prestasi pasukan,” katanya dalam sidang akhbar pra perlawanan pada Selasa.

Dalam pada itu, Amorim mengesahkan semua pemain terbaik dibawanya untuk jelajah pramusim ini.

“Hampir keseluruhan skuad berada di sini. Kami juga membawa pemain muda yang perlu memahami apa ertinya bermain untuk Manchester United.

“Jadi, ini adalah detik penting bagi kami untuk turun beraksi dalam perlawanan ini,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top