'Aku tak boleh terima kematian anak begitu' – Bapa

'Aku tak boleh terima kematian anak begitu' – Bapa


am@hmetro.com.my

Tangkak: “Kalau dia meninggal sebab sakit, saya boleh terima lagi. Tapi, ini dia pergi dalam keadaan sebegitu. Itulah buatkan saya tidak boleh terima.”

Demikian kata-kata bapa kepada seorang wanita yang maut selepas dikelar suaminya si rumah mereka di Taman Cahaya, Bukit Gambir, petang Isnin lalu.

Junus Kassim, 74, berkata demikian sejurus menatap wajah anak perempuannya yang berusia 34 tahun itu yang tiba di rumahnya, kira-kira jam 6.45 petang.

Kesedihan jelas terpancar di wajah bapa kepada empat anak hingga memaksa ahli keluarganya memapah serta menenangkan keadaannya.

Selain itu, ibu Allahyarhamah, Fatimah Seman, 63, turut menangis sebaik diberi peluang menatap wajah anak kedua daripada empat beradik itu untuk kali terakhir.

Dalam pada itu, air mata mengiringi upacara pengebumian arwah ketika di bawa ke tanah perkuburan Islam Kampung Durian Chondong untuk disemadikan.

Terdahulu, van membawa jenazah wanita itu tiba dari Hospital Melaka sebaik selesai bedah siasat dijalankan sejak pagi tadi.

Kira-kira 200 terdiri ahli keluarga, saudara terdekat serta penduduk kampung berkumpul di perkarangan rumah bagi menyambut ketibaan jenazah.

Suasana hiba apabila jenazah dibawa ke dalam rumah sebelum disolatkan yang disertau lebih 50 jemaah.

Jenazah Allahyarhamah selamat disemadikan jam 8 malam tadi.

Berita berkaitan:

Arwah sangat baik, tak percaya dia ‘pergi’ secara tragis – Rakan wanita maut dikelarArwah sangat baik, tak percaya dia ‘pergi’ secara tragis – Rakan wanita maut dikelar

‘Hati saya terdetik anak akan mati’ – Ibu

Suspek kelar isteri, bakar kenderaan direman 7 hari

Suspek kelar isteri, bakar kenderaan direman 7 hari

Isteri maut dikelar suami, bakar 4 kenderaanIsteri maut dikelar suami, bakar 4 kenderaan

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top