Teruskan riadah

Teruskan riadah


asyikin.mat@hmetro.com.my

CUACA panas bukan penghalang kepada penggemar aktiviti riadah dan rekreasi untuk meneruskan aktiviti kesukaan mereka.

Bagi mereka aktiviti itu penting untuk kesihatan fizikal dan mental, mengurangkan tekanan serta mengeratkan hubungan sosial.

Empat tip berikut boleh dijadikan panduan untuk beriadah ketika cuaca panas:

1. Memakai pakaian sesuai

Dinasihatkan mengenakan pakaian yang nipis dan mempunyai pengaliran udara yang baik.

Ini bagi memastikan pemakai berasa segar dan selesa sepanjang aktiviti riadah serta rekreasi.

Pemilihan warna pakaian juga memainkan peranan dan mengelakkan warna gelap seperti hitam yang boleh membuatkan berasa panas.

2. Bawa bekalan air minuman secukupnya

Pastikan anda membawa bekalan air minuman mencukupi sepanjang aktiviti.

Ia bagi mengelakkan dehidrasi yang boleh menyebabkan peningkatan suhu badan.

Minum air masak secukupnya dan tapi awas, bukan minuman berkarbonat.

<b.3. Pilih lokasi riadah banyak pokok

Pemilihan lokasi beriadah yang sesuai sangat penting ketika cuaca panas dan kering.

Digalakkan ke kawasan mempunyai banyak pokok seperti taman rekreasi hutan simpan bagi menikmati suasana lebih redup dan nyaman.

Banyak manfaat berdamping alam sekitar seperti dapat menikmati udara lebih bersih dan segar.

4. Memakai topi

Dinasihatkan memakai topi bagi mengelakkan pendedahan secara langsung terhadap cuaca panas dan terik matahari.Perlu memilih topi warna cerah bagi mengelakkan penyerapan haba.

Walaupun memakai topi, anda tidak digalakkan boleh berada di bawah matahari dalam tempoh lama kerana berisiko menyebabkan serangan strok haba.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top