Kacak susah, tak kacak pun susah

Kacak susah, tak kacak pun susah


harisfadli@hmetro.com.my

FOTO AMIRUDDIN SAHIB

(online) (klo5jun17) H: Kacak susah, tak kacak pun susah

Kuala Lumpur: Wang simpanan RM161,000 sudah lebur, namun hajat pesara ‘menderma’ sperma kepada seseorang wanita jelita dari Hong Kong tidak kesampaian.

Mangsa, hanya mahu dikenali sebagai Tan, 57, berkata, dia kini tinggal sehelai sepinggang malah tiada duit tambang bas untuk pulang ke rumah.

Katanya, pada awal Februari lalu, dia terlihat iklan di Facebook menawarkan wang HKD 2 juta (kira-kira RM1 juta) kononnya bagi membantu seorang suri rumah bernama ‘Lee Na’ yang terdesak mahukan anak.

Menurutnya, tidak lama selepas itu, dia dihubungi individu yang mengaku peguam kepada Lee Na dan memaklumkan yang dia terpilih untuk ‘bersama’ Lee Na bagi mendapatkan cahaya mata.

“Pada awalnya saya terkejut dan bertanya kepada peguam terbabit kenapa saya dipilih, dan saya diberitahu yang Lee Na memilih saya kerana saya kacak.

“Peguam itu kemudian meminta saya membuat beberapa pembayaran berjumlah RM10,00, RM30,000 dan RM1,000 sebagai yuran pendaftaran, tambang serta pelbagai yuran lain.

“Saya membuat pembayaran terbabit pada Mac lalu kerana dijanjikan RM390,000 lepas semua urusan itu selesai,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, hari ini.

Menurutnya, selepas melakukan transaksi itu, dia dihubungi bank yang memaklumkan mungkin dia menjadi mangsa sindiket penipuan.

Katanya, dia cuba mendapatkan penjelasan daripada peguam terbabit namun sekali lagi termakan umpan peguam berkenaan.

“Peguam berkenaan meminta RM120,000 kononnya bagi membayar yuran dua doktor pakar dari Amerika Syarikat (AS) bagi memastikan kejayaan mendapatkan bayi.

“Saya lakukan tiga lagi transaksi untuk membayar yuran itu sebelum meminta untuk berjumpa Lee Na.

“Saya minta untuk lakukan panggilan video namun gagal,” katanya.

Menurut Tan, peguam itu berdolak-dalik sebelum akhirnya menyedari dia diperdaya.

Tan kemudiannya membuat laporan polis serta Biro Aduan Awam MCA.

Sementara itu Ketua Biro Aduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, mangsa mengaku kelakuannya itu satu tindakan bodoh namun tetap hadir pada sidang media berkenaan.

Katanya, mangsa tidak mahu ada lagi individu lain yang terjerat dan menjadi mangsa penipuan seperti dirinya.

“Kes seperti ini pernah berlaku tahun lalu. Kami harap pihak berkuasa dapat memantau iklan seperti ini di Facebook,” katanya.

tamat

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top