Belanda bawa pulang tiga mata dari Finland

Belanda bawa pulang tiga mata dari Finland


Depay meletakkan Belanda di depan ketika menentang Finland. Foto: Agensi

BELANDA memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2026 dengan langkah kanan apabila meraih kemenangan selesa 2-0 ke atas Finland di Stadium Olimpik Helsinki.

Jaringan daripada Memphis Depay dan Denzel Dumfries memastikan tiga mata buat skuad Oranje.

Depay membarakan gol Belanda apabila bijak memanfaatkan kesilapan pertahanan tuan rumah untuk meletakkan pasukan negara itu di depan seawal minit keenam menewaskan Lukas Hradecky.

Dumfries kemudian menggandakan kedudukan dengan penyudah kemas di pada pertengahan babak pertama sekali lagi mengatasi penjaga gol berusia 35 tahun yang beraksi untuk kelab Bundesliga Jerman, Bayer Leverkusen berkenaan.

Kemenangan itu meletakkan Belanda di tangga ketiga Kumpulan G dengan tiga mata, di belakang pendahulu Poland yang memenangi kedua-dua perlawanan mereka, dan Finland yang mengumpul empat mata daripada tiga perlawanan.

“Perlawanan pertama sentiasa sukar. Walaupun kami mendominasi sebahagian besar perlawanan dan mungkin sepatutnya menjaringkan gol ketiga, kami beraksi sangat baik selama sejam. 30 minit terakhir boleh diperbaiki,” ujar kapten Belanda, Virgil van Dijk.

Gol pembukaan Depay terhasil selepas dia memintas hantaran Kaan Kairinen yang tersilap kawalan, seterusnya melakukan penyudah tepat ke kanan gawang pasukan tuan rumah.

Jaringan itu sekali gus menafikan peluang Hradecky untuk mencatat ‘clean sheet’ pada penampilan antarabangsa ke-100 beliau.

Ini merupakan gol antarabangsa ke-48 buat Depay, meletakkannya hanya dua gol di belakang rekod sepanjang zaman Robin van Persie untuk Belanda.

Belanda melebarkan kedudukan 2-0 pada minit ke-23 apabila hantaran lintang Cody Gakpo disambar kemas Dumfries yang kemudian melakukan voli.

Depay hampir menambah koleksi golnya pada awal babak kedua, namun percubaannya daripada peluang terbaik gagal menewaskan Hradecky.



Source link

OR

Scroll to Top