14 jenazah bakal disolatkan di Masjid Hadhari, Jertih

14 jenazah bakal disolatkan di Masjid Hadhari, Jertih


am@hmetro.com.my

Besut: Empat belas jenazah penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dijangka akan disolatkan di Masjid Hadhari, Jertih, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih Dr Riduan Mohamad Nor dalam laman Facebook berkata, semua van jenazah akan bergerak pulang serentak.

“Solat jenazah di Masjid Hadhari, Jertih (14 jenazah) manakala Setiu (satu jenazah).

“Waktu solat jenazah akan diberitahu kemudian,” katanya.

Terdahulu, sebuah bas persiaran yang membawa penuntut UPSI, dipercayai terbabas dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi, menyebabkan 15 penuntut meninggal dunia.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top