Kemalangan bas: KPWKM salur bantuan segera kepada 10 penuntut UPSI di ICU – Nancy Shukri

Kemalangan bas: KPWKM salur bantuan segera kepada 10 penuntut UPSI di ICU – Nancy Shukri


Putrajaya: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyampaikan bantuan segera RM1,000 setiap seorang kepada 10 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Perak, susulan kemalangan ngeri di Gerik, semalam.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia sumbangan melalui Yayasan Kebajikan Negara di bawah ‘Skim Pemberian Ehsan Kepada Keluarga Mangsa’ (PEKA YKN).

“Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Taiping, dan dua di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh,” katanya kepada media ketika ditemui semasa merasmikan Seminar Wanita 2025 ‘Empower HER: Engage Energise Elevate’, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga akan meninjau bentuk bantuan dan sokongan yang dapat diberikan kepada keluarga mangsa termasuk menyediakan kaunselor bertauliah bagi membantu mereka daripada segi psikologi.

Pada kejadian awal pagi semalam, 15 penuntut UPSI meninggal dunia dan 33 orang tercedera apabila bas dinaiki terbalik dalam kemalangan di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Bas yang disewa khas oleh penuntut universiti berkenaan berlepas dari Jertih, Terengganu pada 9 malam Ahad, dan sedang dalam perjalanan ke kampus universiti berkenaan di Tanjung Malim, Perak sebelum terbabit kemalangan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top