REV Media lancar kempen Halal Travel bantu pengembara Muslim

REV Media lancar kempen Halal Travel bantu pengembara Muslim


KUALA LUMPUR: Perancangan percutian bagi umat Islam kini menjadi lebih mudah dan teratur menerusi pelancaran kempen Halal Travel oleh REV Media Group, yang menyasarkan untuk membantu pengembara Muslim mendapatkan panduan perjalanan mesra halal dan patuh syariah.

Kempen yang berlangsung dari Mei hingga Disember 2025 ini merupakan inisiatif kerjasama antara empat platform digital utama di bawah REV Media Group iaitu My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia.

Menurut Penulis Kanan Kandungan Tajaan REV Media Group, Muhamad Shaifullah Tayep, inisiatif itu bertujuan merapatkan jurang keperluan pelancong Muslim dalam mendapatkan akses kepada makanan halal, ruang solat serta panduan budaya di destinasi luar negara.

“Melalui Halal Travel, kami mahu pengembara Muslim menjelajah dunia dengan lebih yakin dan tenang, tanpa mengabaikan keperluan ibadah dan kepercayaan mereka,” katanya.

My Resipi menyumbang panduan makanan halal dan resipi DIY, Sirap Limau memberi fokus kepada percutian keluarga, VOCKET menyasarkan pengembara solo dan bajet, manakala Waktu Solat Malaysia menyediakan keperluan spiritual seperti waktu solat dan arah kiblat.

Laman mikro khas di www.myresipi.com/halaltravelmy turut dibangunkan sebagai pusat sehenti merangkumi senarai makanan halal, tip perjalanan, aktiviti mesra Muslim, serta alat digital untuk waktu solat dan arah kiblat masa nyata.

Kempen ini akan berlangsung dalam tiga fasa bertema iaitu fasa bajet (Mei-Jun), percutian rohani (Julai-September) dan pakej keluarga (Oktober-Disember), dengan kandungan yang disesuaikan mengikut musim dan keperluan pelancong.

REV Media juga berharap kempen ini dapat meningkatkan kesedaran terhadap standard perjalanan halal global dan memperkukuh peranan Malaysia sebagai destinasi mesra Muslim.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, pengguna boleh melayari laman web rasmi Halal Travel dan mengikuti platform terlibat di media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok.

 

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top