Steinbruckner beri bayangan lepaskan Mamut

Steinbruckner beri bayangan lepaskan Mamut


TERENGGANU FC memberi bayangan untuk melepaskan Ivan Mamut pada jendela perpindahan kedua musim ini apabila pemain itu masih dibelenggu kecederaan yang berlarutan.

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner berkata, dia tidak dapat menunggu lebih lama untuk khidmat pemain berusia 26 tahun itu memandangkan masih banyak perlawanan perlu diharungi gergasi pantai timur tersebut.

“Sudah enam bulan Ivan tidak dapat beraksi. Beliau telah cuba melakukan latihan ringan tapi masih rasa sakit.

“Saya tidak tahu bila beliau akan pulih dan kembali beraksi. Tapi kita perlu mencari pemain pada jendela perpindahan berikutnya, mungkin memperkuatkan bahagian serangan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Steinbruckner berkata, perbincangan telah diadakan dengan pihak pengurusan berhubung perkara berkenaan namun masih dalam pertimbangan.

Beliau berkata, TFC perlu mendapatkan pemain sesuai di posisi Mamut dalam usaha mencapai sasaran tinggi ditetapkan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) untuk Liga Super, Piala FA dan Piala Kelab ASEAN.

“Kita mempunyai sasaran tinggi. Piala FA akan menjelang, Piala Kelab ASEAN dan sudah tentu juga saingan Liga Super. Tanpa Ivan kita masih belum kuat seperti sebelumnya,” katanya.


INFO

* Mamut menjadi watak penting skuad Penyu apabila menjaringkan 17 gol dalam semua pertandingan sepanjang musim 2023.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top