Wan Saiful kahwini pilihan hati, Nurul Maslina

Wan Saiful kahwini pilihan hati, Nurul Maslina


nooratiqah.sulaiman@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan hari ini mengakhiri zaman dudanya bersama wanita pilihan, Nurul Maslina Mohd Sobri.

Dalam perkongsian di Facebooknya, Wan Saiful memaklumkan majlis perkahwinannya yang diadakan di Kajang itu dibuat secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri rakan terdekat.

“Alhamdulillah hari ini disempurnakan majlis perkahwinan saya dengan Maslina Sobri. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi melapangkan masa hadir ke jamuan kesyukuran ringkas yang diadakan pada petang ini.

“Saya juga mohon maaf kepada ramai lagi rakan-rakan yang tak dapat dijemput. Saya hanya adakan jamuan kecil sebagai tanda kesyukuran sahaja.

“Doakan semoga kami sentiasa dalam keberkatan dan petunjuk-Nya,” katanya hari ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin dan Timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Turut kelihatan pada majlis itu ialah Naib Presiden BERSATU Datuk Mohd Radzi Jidin, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, dan Datuk Saifuddin Abdullah.

Wan Saiful sebelum ini pernah berkahwin dengan Datin Alena Omar namun isterinya meninggal dunia pada 22 Julai tahun lalu akibat kanser.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top