Elite Game buka ruang persaingan skuad B-23

Elite Game buka ruang persaingan skuad B-23


SERAMAI 26 pemain bawah 23 tahun (B-23) dari seluruh negara akan dihimpunkan dan bakal melalui perlawanan ujian dikenali sebagai ‘Elite Game’ sebelum dipilih untuk diserapkan dalam pasukan Harimau Muda.

Pengarah Teknikal Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, program yang pertama kali diadakan itu juga menjadi ruang buat pengurusan skuad B-23 memilih pemain ke Piala AFF bulan depan.

“Projek ‘Elite Game’ ini adalah hasil perbincangan saya dengan jurulatih Peter (Cklamovksi) dan juga jurulatih Nafuzi (Zain) dengan tujuan sebenar menghimpunkan pemain sebelum mereka beraksi dalam perlawanan ‘sparring’ antara mereka.

“Ini bagi mendapatkan keserasian dan juga bagi melihat bakat mereka untuk diketengahkan pada masa hadapan. Kita juga melihat projek ini sebagai persediaan untuk skuad B-23 bagi Piala AFF, Kelayakan Piala Asia dan juga Sukan SEA,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Khamis.

Dalam pada itu, Cheng Hoe juga menjelaskan program itu akan diperluaskan bukan sahaja kepada skuad B-23 tetapi juga peringkat umur yang berbeza.

“Kita ingin skuad B-18 dan juga skuad B-20 bersama-sama kita dalam projek ini kerana kita mahu mencungkil bakat terbabit untuk perancangan skuad kebangsaan nanti.

“Jadi, kita merancang untuk mengadakan projek ini pada setiap bulan bukan sahaja untuk skuad B-23 tetapi termasuk skuad B-18 dan juga B-20,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top