PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 0.92 mata kepada 1,500.52 pada pukul 9:06 pagi hari ini, berbanding 1,501.44 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,500.94.
Jumlah dagangan sebanyak 54.53 juta unit bernilai RM23.00 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 114 berbanding 64, dengan 187 kaunter tidak berubah dan 2,060 tidak diniagakan.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 11.92 mata atau 0.40 peratus kepada 2,989.66 ketika berita ini ditulis.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 130.66 mata atau 0.34 peratus kepada 38,619.00, manakala indeks STI Singapura meningkat 6.88 mata atau 0.18 peratus kepada 3,901.06.-UTUSAN