Ong Yew Sin sah bergelar suami kepada Aya Ohori

Ong Yew Sin sah bergelar suami kepada Aya Ohori


Yew Sin merupakan pemenang pingat perak Kejohanan Asia 2023 dan gangsa Kejohanan Dunia 2021, manakala Ohori bersara pada akhir 2024 ketika berada di ranking ketujuh dunia. – Gambar/ Stadium Astro

PEMAIN badminton beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin, sah bergelar suami kepada bekas pemain perseorangan badminton kebangsaan Jepun, Aya Ohori, dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Negeri Melaka.

Majlis berkenaan berlangsung dalam suasana tertib dan disaksikan oleh pegawai pendaftaran serta ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Pasangan tersebut berjaya menyatukan cinta mereka walaupun berbeza dari segi kewarganegaraan, budaya dan latar kehidupan, membuktikan bahawa perbezaan tersebut bukan halangan untuk melangkah ke fasa baharu sebagai suami isteri.

Perkhabaran gembira itu turut diraikan peminat badminton dari seluruh dunia, khususnya penyokong tempatan yang menzahirkan ucapan tahniah dan doa kebahagiaan buat pasangan raja sehari tersebut.

Ong Yew Sin, 30, merupakan gandingan tetap kepada Teo Ee Yi, dan pernah memenangi pingat perak Kejohanan Badminton Asia 2023 serta gangsa Kejohanan Dunia 2021.

Sementara itu, Aya Ohori, 28, mengumumkan persaraannya daripada arena badminton antarabangsa pada penghujung tahun 2024 ketika berada di ranking ketujuh dunia dalam kategori perseorangan wanita.

Perkahwinan antara dua bintang badminton Asia ini turut menjadi bualan hangat di platform media sosial dan disifatkan sebagai penyatuan dua budaya melalui sukan. –  Stadium Astro



Source link

OR

Scroll to Top