Jakim iktiraf satu lagi sijil halal Belanda

Jakim iktiraf satu lagi sijil halal Belanda


SIJIL pengesahan halal yang dikeluarkan oleh Control Office of Slaughtering B.V & Halal Quality Control yang beralamat di Laan van Meerdervoort 53d, 2517 AE, The Hague diterima dalam permohonan sijil halal di Malaysia.

DALAM usaha memastikan standard pensijilan halal Malaysia terus diyakini dan dipatuhi di peringkat global, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini memperkemas senarai pengiktirafan terhadap badan pensijilan halal luar negara.

Terbaharu, Jakim menerima satu lagi badan pensijilan halal dari Belanda bagi tujuan Pensijilan Halal Malaysia iaitu Control Office of Slaughtering B.V & Halal Quality Control yang beralamat di Laan van Meerdervoort 53d, 2517 AE, The Hague.

Menerusi satu hebahan di laman sosial Facebooknya baru-baru ini, Jakim memberitahu, sijil pengesahan halal yang dikeluarkan badan itu akan diterima dalam permohonan sijil halal di Malaysia.

“Semua sijil pengesahan halal yang dikeluarkan oleh badan pensijilan halal sebagaimana senarai yang telah dihebahkan, berkuat kuasa mulai 20 Februari 2025 adalah sah digunakan bagi urusan pensijilan Halal Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, di Belanda, Jakim menerima sijil pengesahan halal yang dikeluarkan oleh Halal Corecy Certification (TQHCC) beralamat di Leiden dan Halal Feed and Food Inspection Authority (HFFIA) di Den Haag.

Setakat 17 Jun lalu, sebanyak 85 badan pensijilan halal dari 47 buah negara telah diiktiraf oleh Jakim berkuat kuasa 20 Februari 2025.

Senarai penuh badan pensijilan yang diiktiraf boleh dirujuk di portal Halal Malaysia menerusi pautan rasmi https://myehalal.halal.gov.my/.



Source link

OR

Scroll to Top