Benarkah anak perempuan tidak wajib tanggung ibu bapa?

Benarkah anak perempuan tidak wajib tanggung ibu bapa?


SEJAK dulu lagi, masyarakat sering ‘dimomokkan’ dengan persepsi bahawa tanggungjawab memberi nafkah kepada ibu bapa hanya terletak pada bahu anak lelaki.

Sementara, anak perempuan pula seakan-akan ‘terlepas’ daripada kewajipan itu dan sering kali diingatkan bahawa mereka hanya perlu mentaati suami dan memusatkan perhatian kepada rumah tangga sendiri.

Namun, benarkah dakwaan anak perempuan tidak wajib menanggung ibu bapa?

Memperbetulkan tanggapan yang sudah lama bersarang dalam masyarakat, Ketua Penolong Mufti (Bahagian Penyelidikan), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed menjelaskan, menurut Mazhab Syafie, anak kandung yang berkemampuan sama ada lelaki atau perempuan, wajib memberikan nafkah kepada ibu bapa mereka yang miskin.

DR SYED SHAHRIDZAN

Perkara itu, katanya, ada dijelaskan oleh Sheikhul Islam Zakaria Al-Ansari dalam kitab Asna al-Matalib:

“Sesungguhnya yang hanya diwajibkan nafkah kepada kaum kerabat yang bersifat punca dan pecahan keturunan iaitu furu’ (anak, cucu, cicit) dan ke bawah, serta usul (bapa kandung, ibu kandung, datuk, nenek) dan ke atas sahaja.

“Ia tidak termasuk kaum keluarga yang lain seperti adik-beradik lelaki dan perempuan, pakcik atau makcik sama ada yang tergolong daripada pewaris harta ataupun tidak.”

Melihat kenyataan itu, ujar Dr Syed Shahridzan, jelas bahawa jika seseorang tidak mempunyai anak, tetapi memiliki cucu, maka cucunya yang berkemampuan wajib menanggung datuk dan neneknya yang miskin.

“Begitu juga jika anak kandung tidak mampu (fakir miskin), maka tanggungjawab itu jatuh kepada cucunya yang berkemampuan,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran yang dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya pada Selasa.

Bagaimana pula jika seseorang memiliki lebih daripada seorang anak?

Menjawab pertanyaan itu, Dr Syed Shahridzan menjelaskan, semua anak yang berkemampuan wajib memainkan peranan secara adil dan saksama dalam menanggung keperluan asas ibu bapa.

TIDAK kiralah lelaki atau perempuan, sudah berkahwin atau belum, anak-anak yang sudah mempunyai pendapatan sendiri perlu berbincang dan bersepakat sebaiknya dalam urusan pemberian nafkah ibu bapa supaya ia tidak terbeban hanya kepada seorang anak sahaja. -Foto: CANVA

TIDAK kiralah lelaki atau perempuan, sudah berkahwin atau belum, anak-anak yang sudah mempunyai pendapatan sendiri perlu berbincang dan bersepakat sebaiknya dalam urusan pemberian nafkah ibu bapa supaya ia tidak terbeban hanya kepada seorang anak sahaja. -Foto: CANVA

Perkara itu selari dengan penjelasan Imam Al-Mahalli dalam kitabnya, Kanz al-Raghibin yang menyatakan, setiap anak perlu memainkan peranan yang sama rata dalam memberi nafkah kepada ibu bapa yang miskin asalkan kedudukan kerabat antara mereka adalah setara (antara anak dan anak), tanpa mengira jantina.

“Perkara itu dikuatkan lagi dengan hujah Imam Nawawi dalam kitab Raudat at-Talibin yang turut menegaskan bahawa anak lelaki dan perempuan yang berkemampuan bertanggungjawab sama rata untuk menafkahi ibu bapa mereka yang miskin.

“Imam Ar-Ramli dalam Nihayat al-Muhtaj juga menjelaskan bahawa jika seseorang tidak mempunyai anak yang mampu menanggungnya, maka cucu perempuan (yang mampu) turut wajib menggalas tanggungjawab tersebut,” katanya.

Justeru, Dr Syed Shahridzan menegaskan, tidak wajar untuk menyandarkan kewajipan tanggungan hanya kepada anak lelaki semata-mata.

MENURUT Mazhab Syafie, anak kandung yang berkemampuan sama ada lelaki atau perempuan, wajib memberikan nafkah kepada ibu bapa mereka yang miskin.

MENURUT Mazhab Syafie, anak kandung yang berkemampuan sama ada lelaki atau perempuan, wajib memberikan nafkah kepada ibu bapa mereka yang miskin.

“Anak perempuan yang berkemampuan seperti memiliki harta atau kerja, wajib menanggung keperluan asas ibu bapanya yang miskin sama seperti tanggungjawab anak lelaki terhadap kedua-dua orang tuanya,” titipnya.

Sementara itu, memetik portal emusykil.muftiselangor.gov.my,Jabatan Mufti Negeri Selangor menjelaskan, para ulama bersepakat bahawa anak-anak wajib memberi nafkah kepada ibu bapa yang miskin, berusia dan tidak mempunyai sumber pendapatan.

Namun, jika orang tuanya berkemampuan dan mempunyai pendapatan sendiri, maka pemberian nafkah tidak lagi menjadi kewajipan kepada anak-anak.

“Perkara itu sepertimana dinukilkan dalam kitab Al-Mughni li Ibn Qudamah yang menyatakan bahawa pemberian nafkah kepada ibu bapa merupakan salah satu perbuatan baiksebagai membalas jasa dan pengorbanan mereka yang membesar dan mendidik anak-anak.

JIKA ibu bapa berkemampuan dan mempunyai pendapatan sendiri, maka pemberian nafkah tidak lagi menjadi kewajipan kepada anak-anak. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA

JIKA ibu bapa berkemampuan dan mempunyai pendapatan sendiri, maka pemberian nafkah tidak lagi menjadi kewajipan kepada anak-anak. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA

“Tidak kiralah lelaki atau perempuan, sudah berkahwin atau belum, anak-anak yang sudah mempunyai pendapatan sendiri perlu berbincang dan bersepakat sebaiknya dalam urusan pemberian nafkah ibu bapa supaya ia tidak terbeban hanya kepada seorang anak sahaja,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top