Kejohanan domestik juga penting- Alia

Kejohanan domestik juga penting- Alia


PETALING JAYA: Penembak berpengalaman negara, Alia Sazana Azahari tetap mengutamakan kejohanan domestik, biarpun disertai ramai peserta dalam negara.

Atlet berusia 33 tahun itu berkata, setiap kejohanan yang disertai perlu diberi layanan sama rata seperti kejohanan antarabangsa bagi memastikan prestasinya sentiasa stabil.

“Kadang-kadang bila kejohanan tempatan, kita ambil mudah dan bila kejohanan besar, baru nak jadi terlalu bersedia.

“Saya mahu samakan semua kejohanan, lokal atau antarabangsa, kerana bila pemikiran konsisten, prestasi pun akan konsisten,” kata Alia kepada Mingguan Malaysia.

Ketika ini Alia sedang menguji bidikannya di Kejohanan Menembak Sirkit Kebangsaan Trofi Tun Tan Siew Sin.

Kejohanan itu menjadi medan buatnya menguji kawalan mental dan teknikal sebelum ke Kejohanan Menembak Asia di Kazakhstan pada Ogos ini.

Alia menjelaskan bahawa setiap pertandingan memberi ruang untuk memperbaiki kesilapan dan menilai kemampuan dalam situasi sebenar.

“Ada saja benda yang boleh kita belajar, walaupun kesilapan itu kerap, sebab yang penting ialah macam mana nak baiki dan adapt masa itu juga.

“Kalau kita boleh tenang dan faham proses itu, saya yakin prestasi akan ikut datang kemudian,” katanya.

Penembak kelahiran Kuala Terengganu itu mahu mempamerkan persembahan luar biasa pada Menembak Asia di Shymkent, Kazakhstan pada 16 hingga 30 Ogos sebelum beralih ke Sukan SEA Thailand 2025 hujung tahun ini.-UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top