Dharma makin kurus, berat hanya 45kg

Dharma makin kurus, berat hanya 45kg


mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Keadaan fizikal pelakon popular era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid, 69, kini semakin merosot.

Perkara ini dimaklumkan anak lelakinya, Muhammad Al Syafiq di Insta Story, semalam.

Syafiq memuatnaik gambar Dharma yang sedang mengerjakan solat dalam keadaan duduk.

“Tak apa…isteri tak ada, Allah ada, janji masih boleh solat.

“My dad is getting skinnier (kurus). Tapi inilah dugaan kami dengan macam-macam masalah nak hadapi, tapi tak apa setiap masalah ujian saya untuk berjaya dan terus berusaha agar dapat keputusan cemerlang dalam pelajaran agar satu hari nanti dapat kerja yang proper (sempurna).

“Sokongan ramai dan doa orang yang buat kami masih boleh bernafas dalam ruang

udara yang sempit.

“Nak bersedih pun buat apa, ikutkan kecil saja dugaan ini, ramai lagi susah diluar sana. Kena bersyukur dan tabah. #Allahada,” tulisnya.

Dharma yang popular menerusi filem Adik Manja dan Sikit Punya Gila ketika dihubungi menerusi WhatsApp berkata, beratnya kini hany 45 kilogram.

Dia turut memaklumkan kini menghidap gastrik, asma, mengalami bengkak bahagian jantung dan paru-paru serta turut menghidap tiroid.

Terdahulu, Dharma sukar bertutur dengan lancar selepas mengalami serangan angin ahmar pada 2019.

Dia juga berhadapan situasi sukar untuk mengingati apa-apa berikutan kesukaran bercakap

yang menyebabkan dirinya tidak boleh aktif dalam karier seni sama ada mengarah atau berlakon.

Pada masa sama, dia bergantung pada ubat-ubatan selain perlu membuat latihan bagi menguatkan semula ingatan sebagaimana disarankan doktor.

Penderitaanya mendapat perhatian pelbagai persatuan seni tanah air serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kunjungan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi sempena Program Ziarah Madani di kediamannya tahun lalu.

Dharma kini tinggal bersama Syafiq, 36, dan anak perempuannya, Siti Qurratu Aini, 37, yang kedua-duanya masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top