M8 Langkawi International Runbike tarik minat pelumba antarabangsa

M8 Langkawi International Runbike tarik minat pelumba antarabangsa


KEJOHANAN M8 Langkawi International Runbike Championship 2025 yang berlangsung bermula Jumaat hingga Ahad ini menyaksikan penyertaan lebih 500 pelumba cilik termasuk 100 peserta antarabangsa dari Thailand, Indonesia dan Singapura, sekali gus mencipta medan persaingan paling sengit dalam sejarah penganjurannya.

Presiden The M8 Cycling Club, Datuk Seri Wan Mohd Muzri Ramli berkata, kejohanan kali ini menampilkan bakat-bakat luar biasa dari rantau Asia Tenggara dengan pelumba tempatan turut bersaing rapat dalam setiap kategori.

“Tahun ini kami jangkakan saingan yang sangat mencabar. Setiap negara menghantar wakil terbaik mereka, sekali gus menjadi pentas penting untuk membuktikan pelumba paling pantas di Asia Tenggara dalam sukan pushbike.

“Antara nama besar yang dijangka mencuri tumpuan ialah Maleeq Dragster – satu-satunya pelumba dari Malaysia yang pernah menjuarai kejohanan di Jepun. Maleeq turut mencatat kemenangan di Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand, menjadikan dia calon utama bagi menjuarai kategori terbuka tahun ini.

“Kategori Maleeq merupakan yang paling sengit. Selain Maleeq, pelumba ternama seperti Horbint dari Thailand dan Adrian dari Singapura juga turun memberi saingan, begitu juga barisan pelumba Indonesia yang hadir dalam jumlah besar,” ujar Wan Mohd Muzri.

Aksi sebahagian pelumba dalam saingan M8 Langkawi International Runbike Championship di Langkawi.

Dalam kalangan peserta perempuan pula, Wan Adra Mikayla kembali sebagai juara bertahan yang ingin mempertahankan mahkota kejuaraan.

Malah lebih membanggakan, Mikayla turut mencatat sejarah sebagai satu-satunya pelumba perempuan yang menjuarai RCB Minimoto Championship 2025, menjadikan dia atlet dua bidang yang sangat digeruni.

“Selain kejayaan dalam sukan, Mikayla kini popular sebagai pelakon cilik dengan tiga drama lakonannya sedang disiarkan serentak Dzikir, Budak-budak Pushbike, dan Hilang Kasyorga,” kataWan Mohd Muzri.

Turut menarik perhatian ialah Mikael, pelumba muda berbakat yang aktif dalam perlumbaan motosikal dan kini menunjukkan potensi besar dalam kategori umur 2017.

Dalam pada itu, lebih daripada sekadar kejohanan, Wan Mohd Muzri berkata, acara itu turut memberi kesan langsung terhadap ekonomi dan sektor pelancongan tempatan.

Penganjuran kali ini dijangka membawa gelombang baharu kepada Langkawi sebagai destinasi pelancongan sukan bertaraf antarabangsa.

“Pushbike bukan sekadar sukan, ia adalah gaya hidup keluarga. Kejohanan ini menarik kehadiran pelumba dan keluarga mereka yang bukan sahaja datang untuk bertanding, tetapi turut melancong dan menikmati keindahan Langkawi.

“Kami menerima maklum balas positif daripada pengusaha tempatan antaranya pengusaha kereta sewa yang melaporkan lonjakan tempahan sempena kejohanan ini.

“Ini adalah bukti bahawa sukan memberi impak langsung kepada ekonomi tempatan. Pengusaha hotel, restoran, pengangkutan dan penjaja turut menerima manfaat sepanjang tempoh kejohanan,” ujarnya.

Sebahagian pelumba cilik yang menyertai saingan M8 Langkawi International Runbike Championship di Langkawi.

Sebahagian pelumba cilik yang menyertai saingan M8 Langkawi International Runbike Championship di Langkawi.

Menurut Wan Mohd Muzri, kejohanan tahun ini turut dijalankan dengan kerjasama erat bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sebagai sebahagian daripada kempen promosi Tahun Melawat Malaysia 2026.

Turut terlibat ialah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

“Kerjasama antara sektor awam dan swasta sangat penting. Ini bukan sahaja memberi kelancaran penganjuran, tetapi membantu memperkukuh imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan aktif, hijau dan inklusif,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa platform seperti M8 Langkawi International Runbike Championship mampu mencungkil bakat muda dari peringkat akar umbi dan dalam masa sama menjadikan Langkawi sebagai antara lokasi sukan lasak dan kekeluargaan yang utama di rantau in



Source link

OR

Scroll to Top