rencana@hmetro.com.my
JENAMA barangan kemas tersohor tanah air, HABIB sekali lagi mencuri tumpuan menerusi penganjuran GEMFEST 2025: Reflections, sebuah penghargaan meraikan keperibadian, keanggunan dan keunikan dalam setiap gaya hidup pemakai.
Berlangsung dari 4 Julai hingga 27 Julai ini di bilik pameran HABIB seluruh negara, festival berkenaan menjanjikan himpunan batu permata dan berlian yang bukan sahaja memukau mata, malah membawa simbolik mendalam terhadap ekspresi diri.
Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Datuk Sri Meer Habib, setiap proses pembuatan barangan kemas di jenama itu diberi perhatian sepenuhnya.
“Di HABIB, setiap proses pembuatan barangan kemas diberi perhatian penuh, bermula dengan pencarian sumber terbaik dari serata dunia sehinggalah memastikan pereka mendapat inspirasi global untuk melahirkan rekaan yang sarat dengan makna.
“Misi HABIB meningkatkan penghargaan terhadap keindahan dan keaslian batu permata semula jadi melalui karya pertukangan teliti serta penuh makna,” katanya yang juga pakar gemologi.
Menampilkan permata seperti tanzanite, aquamarine dan pink spinel, koleksi GEMFEST 2025 mengetengahkan gaya ‘stacking’ yang semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat fesyen.
Ia termasuk cincin bertindan, gelang minimalis dan rekaan berlapis yang memberi kebebasan kepada pemakai untuk mengekspresikan gaya tersendiri.
Setiap rekaan bukan sekadar barang perhiasan, malah menjadi lambang lapisan kehidupan, ada yang tenang, ada yang bersinar namun semuanya berpijak di bumi nyata.
Antara koleksi eksklusif mencuri perhatian ialah barangan kemas berinspirasikan ‘art deco’ dengan penggunaan bentuk geometri yang mengagumkan.
GEMFEST 2025 juga menampilkan koleksi Diamond Stackables yang direka khas untuk disusun dan dipadankan mengikut cita rasa peribadi.
Terdiri daripada cincin, subang, gelang dan rantai tangan, koleksi ini boleh digayakan berlapis dalam kemasan licin atau penuh berlian, sesuai dengan cita rasa minimalis dan versatil.
Selari dengan misi HABIB untuk memperkasakan pelanggannya dengan ilmu batu permata, GEMFEST 2025 turut menampilkan kandungan pengetahuan menerusi media sosial, sesi livestream interaktif bersama pakar, cerita di sebalik setiap batu dan inspirasi rekaan.
Inisiatif ini bukan sahaja menjadikan permata sebagai lambang kemewahan, malah simbol warisan, ekspresi dan keunikan diri.
Sebarang maklumat lanjut dan pelbagai kandungan menarik, layari www.habibjewels.com dan media sosial jenama berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd





