mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Polis akan merakam keterangan saksi penting dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung ugutan bunuh membabitkan Exco Armada BERSATU, Na’im Brundage, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, setakat ini dua individu sudah dirakam percakapan.
“Saksi penting terbabit ada tugasan luar dan akan memberi keterangan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Beliau turut meminta individu yang mempunyai maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Pang Wei Keong di talian 013-2082391 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Rosdi M Husin di talian 013-3920694.
Harian Metro sebelum ini melaporkan Na’im mendedahkan menerima ugutan bunuh termasuk ancaman untuk disimbah asid oleh individu tidak dikenali.
Beliau dilaporkan berkata, ancaman itu adalah satu tindakan serius yang boleh mengancam keselamatan diri dan ahli keluarganya.
Laporan polis berhubung kejadian dibuat Na’im pada 2 Julai lalu, jam 9.13 malam.
© New Straits Times Press (M) Bhd






