Penjaga gol Chelsea, Petrovic sertai Bournemouth

Penjaga gol Chelsea, Petrovic sertai Bournemouth


London: Penjaga gol Chelsea, Djordje Petrovic menyertai Bournemouth dalam satu perpindahan yang dilaporkan bernilai £25 juta (RM141.9 juta), hari ini.

Petrovic menandatangani kontrak yang akan mengekalkannya di Stadium Vitality sehingga Jun 2030.

Penjaga gol berusia 25 tahun itu menyertai Chelsea pada tahun 2023 dari kelab MLS, New England Revolution.

Musim lalu, dia dipinjamkan ke kelab Perancis, Strasbourg dan membuat 31 penampilan bersama kelab barat London itu.

“Saya sangat gembira berada di sini. Saya datang ke Bournemouth kerana saya mahu berkembang dan bermain di tahap tertinggi,” kata pemain antarabangsa Serbia itu.

“Bersama kelab ini dan kemudahan yang ada, saya rasa kami boleh mencapainya. Saya mahu membantu pasukan mendapatkan keputusan yang positif, memperbaiki diri setiap hari dan menjadi pemain yang lebih baik,” katanya lagi.

Bournemouth meminjam Kepa Arrizabalaga dari Chelsea pada musim lalu. Bagaimanapun, penjaga gol Sepanyol itu kini menyertai Arsenal secara kekal, manakala penjaga gol simpanan, Mark Travers sudah menandatangani kontrak bersama Everton, Selasa lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top