Mesej dalam botol ditemukan selepas 13 tahun

Mesej dalam botol ditemukan selepas 13 tahun


Ottawa: Botol berisi nota ditulis oleh satu pasangan ditemukan terdampar di Pulau Bell, Newfoundland, Kanada selepas hampir 13 tahun dihanyutkan dan dipercayai menyeberangi Lautan Atlantik.

Portal UPI melaporkan, Kate Gay menemukan mesej itu ketika berjalan di pantai Semenanjung Dingle, minggu ini.

Ketika itu, dia ternampak botol wain dengan sehelai kertas di dalamnya.

Gay menunjukkan botol itu kepada ahli Creative Ireland Neart na Macharaí semasa mesyuarat di rumahnya petang itu.

Mereka kemudian memecahkan botol itu bagi melihat isi di dalamnya.

Nota itu ditulis oleh pasangan bernama Brad dan Anita dan bertarikh 12 September 2012.

Surat itu menerangkan perjalanan sehari pasangan itu ke Pulau Bell.

Terdapat nombor telefon pada surat itu dan ahli kumpulan cuba menghubunginya, namun tiada jawapan.

Kumpulan Warisan dan Pemuliharaan Maharees memuat naik gambar botol itu ke media sosial pada Isnin.

Dalam tempoh sejam, ahli kumpulan dapat berhubung dengan Anita menerusi kiriman mesej.

Ahli kumpulan itu, Martha Farrell berkata, Anita memaklumkan dia dan Brad berkahwin pada 2016 dan masih bersama sehingga hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top