AKPS tolak kemasukan 40 warga Bangladesh, gagal patuh syarat

AKPS tolak kemasukan 40 warga Bangladesh, gagal patuh syarat


rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seramai 40 warga Bangladesh dikenakan Notis Penolakan Masuk (NTL) ke Malaysia kerana gagal mematuhi syarat kemasukan ditetapkan.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berkata, tindakan diambil dalam satu operasi pemantauan awal pihaknya susulan maklumat dan trend kemasukan warga asing terbabit.

“Mereka antara 134 warga asing yang diperiksa sejurus mendarat menerusi dua penerbangan dari Dhaka antara jam 1 hingga 6 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1), Sepang.

“Penolakan kemasukan dibuat selepas hasil semakan dokumen perjalanan, tujuan kemasukan dan tiket pulang mendapati niat kemasukan mereka mencurigakan serta tidak mematuhi syarat kemasukan ditetapkan,” kata AKPS dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut AKPS, kesemua mereka akan dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh 24 jam.

Katanya, insiden itu berlaku ketika lonjakan lebih 20 peratus kes NTL yang direkodkan di KLIA1 sejak Mei hingga Julai lalu.

Untuk rekod, jumlah kes NTL meningkat daripada 900 pada Mei kepada 987 (Jun) dan 1,134 (Julai).

AKPS menegaskan bahawa pemantauan di pintu masuk negara akan terus diperketat terutama pada waktu awal pagi bagi mengekang cubaan masuk melalui sektor penerbangan berisiko tinggi.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top