JUARA enam kali, Manchester United akan berkunjung ke kelab Liga Dua, Grimsby Town pada Pusingan Kedua Piala Liga di Stadium Blundell Park.
United yang tidak menyertai sebarang saingan Eropah musim ini buat pertama kali dalam tempoh 11 musim menjadi kelab terakhir diundi sekali gus menghadiahkan pertemuan menarik buat skuad bimbingan David Artell itu.
Pasukan Liga Dua, Bromley yang mencipta kejutan terbesar pusingan pertama Selasa lalu apabila menewaskan kelab Liga Kejuaraan, Ipswich Town menerusi penentuan penalti, diundi beraksi di laman sendiri menentang kelab Liga Satu, Wycombe Wanderers.
Dua aksi melibatkan kelab Liga Perdana Inggeris akan berlangsung di pusingan ini dengan Bournemouth menjadi tuan rumah menentang Brentford, manakala Wolves menanti kunjungan West Ham United.
Fulham pula akan melayan kunjungan Bristol City di Craven Cottage, Brighton bertandang ke Oxford United dan Burnley akan menerima kunjungan Derby County.
Sunderland dijadualkan menentang Huddersfield Town di Stadium of Light, manakala Leeds United akan berkunjung ke laman seteru Yorkshire, Sheffield Wednesday.
Everton pula akan berdepan kelab Liga Satu, Mansfield Town di Stadium Hill Dickinson milik kelab Merseyside itu.
Skuad kendalian Ruben Amorim merupakan antara 11 kelab Liga Perdana Inggeris yang memasuki saingan pada peringkat pusingan kedua ini.
Sembilan lagi kelab utama yang terbabit dalam saingan Eropah Liverpool, Arsenal, Manchester City, Chelsea, juara bertahan Newcastle United, Aston Villa, Crystal Palace, Tottenham Hotspur dan Nottingham Forest akan memulakan cabaran di pusingan ketiga.
Newcastle menewaskan Liverpool 2-1 dalam final edisi musim lalu sekali gus menamatkan penantian 56 tahun untuk menjulang trofi utama.
Piala Liga kekal dibahagikan mengikut zon Utara dan Selatan pada pusingan awal, dengan pengundian hanya bercampur bermula pusingan ketiga.
PIALA LIGA
Pusingan Kedua
ZON UTARA
Accrington Stanley lwn Doncaster Rovers
Barnsley lwn Rotherham United
Birmingham City lwn Port Vale
Burnley lwn Derby County
Everton lwn Mansfield Town
Grimsby Town lwn Manchester United
Preston North End lwn Wrexham
Sheffield Wednesday lwn Leeds United
Stoke City lwn Bradford City
Sunderland lwn Huddersfield Town
Tranmere Rovers/Burton Albion lwn Lincoln City
Wigan Athletic lwn Stockport County
ZON SELATAN
Bournemouth lwn Brentford
Bromley lwn Wycombe Wanderers
Cambridge United lwn Charlton Athletic
Cardiff City lwn Cheltenham Town
Fulham lwn Bristol City
Millwall lwn Coventry City
Norwich City lwn Southampton
Oxford United lwn Brighton
Reading lwn AFC Wimbledon
Swansea City lwn Plymouth Argyle
Wolves lwn West Ham United
* Perlawanan dijadual berlangsung pada 26 Ogos.